jOm jAdi stAlker sAya..

jOm jAdi stAlker sAya..
jOm jAdi stAlker sAya..

Wednesday, March 16, 2011

Hari Kemalasan..

Assalamualaikum..


Hari nie dah ari khamis dah wei..mggu keberapa aku xtau la..*xpenah amik tau bab2 minggu nie*..yang aku tau..masa berlalu begitu cepat ..pejam celik pejam celik dah nak masuk pertengahan bulan tiga..ohh saya sungguh stresss memikirkan projek-projek yang terbengkalai. Hari nie seriouss giler aku rase malas..malas nak g kelas..eh dah mengong ke aku ni??final dah xlama dah..bleh lagi berperasaan begitu. Alah normal lah 2 kan..huhuhu


Pagi nie ade test 2 spreadsheet..En.Kamarul skema gler ari nie..aduyaiii..dok belakang aku..xde can nak meniru .*motif nak meniru jer*...kalu xdisebabkan test memang aku xg dah kelas beliau ari ni. Then, masa sekarang nie kalau nak diikutkan aku ade kelas ODE..tapi bleh plak wat selamba badak wat cam xde clas..ponteng clas prof for the second time..seriouss xde mood and sangat malas nak masuk class.Sorry prof.


Semenjak 2 3 4 menjak nie bertambah2 kemalasan aku..hmmm..mayb nak kena balik umah dah nie.Kena balik serap segala semangat2 yang ade kat umah agaknya baru ade kerajinan n mood nak belajar..ahakss..
tapi every week ade aktiviti..cmane nak blik..arghhhhhhhh!!!!benci..benci!!


Udah-udah...xpayah nak emosi sangatlah..macamla aku nie pompuan paling stress kat dunia ni an..idop perlu dinikmati ..jangan biarkan masalah menguasai diri.huhuhu..Ok2..dah lama xmerapu meraban kat diari aku ni ha..aku nak citer ckit benda-benda yang terjadi sepanjang minggu ni ..Firstly..jumaat lepas Jepun telah dilanda tsunami..TSUNAMI weii...terok gler kottt..bile tengok video rakaman yang sempat dirakam tue serious cam nak nangis jer..takottt..bayangkan benda tue jadi kat Malaysia..*mintak-mintak jauhla..camane lah nasib aku??family aku???Ya Allah Ya Tuhanku..jauhkan lah bala dari kami.


then beberapa hari yang lepas lak logi nuklear yang ade kat Jepun tu dah meletup akibat daripada tsunami tue..Ya Allah..begitu besar bala yang engkau turunkan.,,nuklear tue amat berbahaya wahai kawan-kawan..boleh mengakibatkan kanser dan radiasi yang terukk. yang paling ditakuti,nuklear tue mampu merebak keseluruh kawasan berhampiran Jepun..Malaysia pun mungkin akan menerima sedikit sebanyak kesannya..so beware.Kalu bleh kalu ujan 2 duk ajela dalam rumah..ditakuti hujan yang turun tu hujan asid yang bercampur nuklear 2.


Bila dipikir pikir balik..semua kejadian nie ade hikmahnya..mungkin Allah nak tunjukkan bahawa dunia dah semakin tua...semakin banyak bencana alam yang berlaku..gempa bumi,banjir,tsunami, dan seantero dengannya semakin menjadi.Mungkin juga Allah mahu mengingatkan supaya manusia tidak lalai menunaikan kewajipan kepadanya..jauhi maksiat dan perbuatan mungkar segala. Hari demi hari semakin bertambah perbuatan maksiat manusia..gay,lesbian,pengkid.zina,judi,arak,bunuh membunuh sudah menjadi perkara biase kepada sebahagian umat manusia..sedarlah kita..kita adalah umat akhir zaman..semakin hari hidop kita semakin menuju kepada penghujung.


Marilah kita sama-sama renung-renungkan segala yang berlaku di dunia nie..beramal dan bertakwalah kepada Allah yang satu..nescaya kita akan terselamat.amin..

2 comments:

  1. ape kate balik umah jap tukar environment , u wil be okey soon :)

    ReplyDelete
  2. hehe..macam anda la kan..balik umah dah..huhu

    ReplyDelete